TERMA DAN SYARAT
PERATURAN-PERATURAN UMUM
- Pakaian hendaklah kemas, sopan, menutup aurat dan memakai tudung (perempuan) semasa berada di masjid.
- Peserta / urusetia / tetamu bukan muslim, bagi lelaki hendaklah memakai pakaian yang menutup dan bagi perempuan dikehendaki memakai tutup kepala (skaft / selendang).
- Peserta / urusetia / tetamu dikehendaki solat berjemaah apabila tiba waktu solat.
- DILARANG membuang sampah merata-rata
- HENDAKLAH menutup suis lampu, penghawa dingin sebelum meninggalkan dewan serbaguna dan lain-lain bilik.
- DILARANG melakukan aktiviti yang kurang sopan seperti melompat, berlari, menjerit, ketawa, bertepuk tangan, berpegang tangan antara lelaki dan perempuan, menyanyi (muzik) dan sebagainya.
- DILARANG berdua-duaan diantara lelaki dan perempuan.
- DILARANG merokok di dalam persekitaran masjid.
- HENDAKLAH sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan dewan serbaguna, dan bilik-bilik yang digunakan.
- TIDAK DIBENARKAN menggunakan sebarang peralatan dan kemudahan di dewan serbaguna, dan bilik-bilik lain tanpa kebenaran daripada pihak pentadbiran masjid.
- DILARANG menggunakan dewan selain daripada tempat yang dipohon kecuali dengan kebenaran pihak pentadbiran masjid.
- DILARANG berniaga di dalam persekitaran masjid.
Masjid BRP - Majlis Nikah Kahwin
Borang Sewaan Ruang Masjid Bukit Rahman Putra untuk tujuan majlis Nikah Kahwin sahaja.
SYARAT TEMPAHAN/SEWAAN
- Permohonan adalah tertakluk kepada kelulusan AJK Masjid Bukit Rahman Putra.
- Bayaran untuk acara adalah RM350 berserta deposit RM500 setelah mendapat kelulusan.
- Deposit akan dipulangkan selepas tamat acara bergantung kepada keadaan ruang yang disewa.
- Penyewa hendaklah memastikan ruang yang disewa dibersihkan dan tiada sebarang kerosakan sebelum deposit dipulangkan.
- Pemilihan katerer untuk kenduri dan sewaan meja kerusi, diuruskan sendiri oleh penyewa.
- Sebarang peralatan sendiri atau yang disewa hendaklah dikeluarkan dari masjid pada hari yang sama.
- Pembatalan tempahan mesti dibuat sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum tarikh majlis untuk melayakkan pemulangan wang tempahan.
- Kawasan yang boleh digunakan ialah Dewan Solat (untuk akad nikah) dan Ruang Serbaguna (untuk kenduri)
- Ruang Serbaguna boleh memuatkan 120 orang (maksima) untuk majlis kenduri.
- Sesiapa yang berhadas besar hendaklah tidak memasuki dewan solat atau berada di serambi masjid.
- Semua yang terlibat dengan majlis ini hendaklah memakai pakaian yang mematuhi syariah, menutup aurat dan sopan
- Solekan dan berhias dibenarkan tetapi tidak berlebih-lebihan/keterlaluan sesuai dengan adab masjid.
- Fotografi dan videografi dibenarkan tetapi dalam kadar sederhana
- Batas pergaulan terutamanya yang bukan mahram dan tingkahlaku dalam berinteraksi sesama hadirin hendaklah dijaga sesuai dengan adab masjid.
- Memasang musik atau mengadakan acara nyanyian/karaoke tidak dibenarkan.
- Tetamu bukan Islam dibenarkan menghadiri majlis hanya di ruang serbaguna sahaja dan mesti memakai pakaian yang sopan, sesuai dengan adab masjid.
- Lantikan jurunikah dan saksi untuk akad nikah diurus sendiri oleh pihak pengantin.
- Sekiranya waktu yang ditempah bertembung dengan urusan jenazah, Masjid BRP berhak untuk meminta penyewa untuk memberi laluan untuk pengurusan jenazah sehingga selesai.
- Sila rujuk GARISPANDUAN UPACARA AKAD NIKAH DI MASJID DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA terbitan JAKIM yang disertakan.
- Pihak MBRP dibenarkan mengambil/menggunakan gambar acara untuk tujuan promosi.
Sekiranya permohonan telah diluluskan, sila buat bayaran sewa (RM350) dan deposit (RM500) ke akaun :
Maybank
5627-4030-5865
Masjid Bukit Rahman Putra
Ref1 : Nikah <Tarikh>
Ref2 : <Nama Penyewa>
MAKLUMAT JURUNIKAH:
Juru Nikah Masjid Bandar Baru Sg Buloh :
Juru Nikah Masjid Bandar Baru Sg Buloh :
Imam Redzuan 017-656 4760
Pengurus Masjid Bandar Baru Sg Buloh :
Ustaz Alfian 019-261 1796
Hubungi Pegawai Yang Bertugas Untuk Pertanyaan Lanjut :
- Encik Joe 011-1152 4467
- Puan Zana 011-2801 4752
- Puan Masri 012-369 6273
MBRP Sewa Ruang
MBRP Sewa Ruang
SYARAT TEMPAHAN/SEWAAN
- Permohonan adalah tertakluk kepada kelulusan AJK Masjid Bukit Rahman Putra.
- Bayaran sewa dan deposit boleh dibuat setelah mendapat kelulusan.
- Deposit akan dipulangkan dalam masa 2 minggu selepas tamat acara bergantung kepada keadaan ruang yang disewa.
- Penyewa hendaklah memastikan ruang yang disewa dibersihkan dan tiada sebarang kerosakan sebelum deposit dipulangkan.
- Pemilihan katerer untuk majlis dan sewaan meja kerusi, diuruskan sendiri oleh penyewa.
- Sebarang peralatan sendiri atau yang disewa hendaklah dikeluarkan dari Masjid pada hari yang sama.
- Pembatalan tempahan mesti dibuat sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum tarikh majlis untuk melayakkan pemulangan wang tempahan.
- Kawasan yang boleh digunakan ialah Dewan Solat (contoh untuk akad nikah dan majlis ilmu) dan Ruang Serbaguna (contoh untuk jamuan, aktiviti riadah, aktiviti kesihatan dan promosi perniagaan)
- Ruang Serbaguna boleh memuatkan 120 orang (maksima) untuk jamuan berduduk.
- Sesiapa yang berhadas besar hendaklah tidak memasuki dewan solat atau berada di serambi masjid.
- Semua yang terlibat dengan majlis ini hendaklah memakai pakaian yang mematuhi syariah, menutup aurat dan sopan
- Solekan dan berhias dibenarkan tetapi tidak berlebih-lebihan/keterlaluan sesuai dengan adab masjid.
- Fotografi dan videografi dibenarkan tetapi dalam kadar sederhana
- Batas pergaulan terutamanya yang bukan mahram dan tingkahlaku dalam berinteraksi sesama hadirin hendaklah dijaga sesuai dengan adab masjid.
- Memasang musik atau mengadakan acara nyanyian/karaoke tidak dibenarkan.
- Tetamu bukan Islam dibenarkan menghadiri majlis hanya di ruang serbaguna sahaja dan mesti memakai pakaian yang sopan, sesuai dengan adab masjid.
- Untuk Majlis Nikah Kahwin sahaja – Lantikan jurunikah dan saksi untuk akad nikah diurus sendiri oleh pihak pengantin. Sila rujuk GARISPANDUAN UPACARA AKAD NIKAH DI MASJID DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA terbitan JAKIM yang disertakan.
- Sekiranya waktu yang ditempah bertembung dengan urusan jenazah, Masjid BRP berhak untuk meminta penyewa untuk memberi laluan untuk pengurusan jenazah sehingga selesai.
- Pihak MBRP dibenarkan mengambil/menggunakan gambar acara untuk tujuan promosi.
Sekiranya permohonan telah diluluskan, sila buat bayaran sewa (seperti yang dinyatakan di bawah) dan deposit (RM500) ke akaun :
Maybank
5627-4030-5865
Masjid Bukit Rahman Putra
Ref1 : Sewa <Tarikh>
Ref2 : <Nama Penyewa>
MAKLUMAT JURUNIKAH:
Juru Nikah Masjid Bandar Baru Sg Buloh :
Juru Nikah Masjid Bandar Baru Sg Buloh :
Imam Redzuan 017-656 4760
Pengurus Masjid Bandar Baru Sg Buloh :
Ustaz Alfian 019-261 1796
Hubungi Pegawai Yang Bertugas Untuk Pertanyaan Lanjut :
- Encik Joe 011-1152 4467
- Puan Masri 012-369 6273
MBRP - PENDAFTARAN SEWA TAPAK JUALAN
Tawaran membuka kiosk di ruang serbaguna Masjid Bukit Rahman Putra, Sg Buloh
Saiz Ruang Niaga : 5″ x 5 “
Lokasi Niaga : Dewan Serbaguna Masjid Bukit Rahman Putra
Kadar Sewaan :
- RM20/Tapak (tanpa penggunaan elektrik)
- RM35/Tapak (dengan penggunaan elektrik)
Sila buat bayaran sewa tapak jualan sebelum tarikh perniagaan ke akaun selepas mendapat kelulusan :
Maybank
5627-4030-5865
MASJID BUKIT RAHMAN PUTRA
Ref1 : <Niaga 2 Ogos>Ref2 : <Nama>
Amount : RM20 atau RM35
PERATURAN
1. Pihak Masjid akan membuat pemilihan peniaga yang berjaya sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh perniagaan, sewa tapak adalah terhad.
2. Mohon buat bayaran sewa selepas mendapat kelulusan dan sebelum tarikh niaga.
3. Tapak jualan akan ditetapkan oleh pihak Masjid BRP
4. Sila bawa meja, lapik meja, dan kerusi sendiri (ruangan hanya 5” x 5” sahaja)
5. Sediakan troli sendiri untuk mengangkut barang jualan, untuk tujuan keselamatan semua barang mestilah dibawa balik semula.
6. Sentiasa menjaga kebersihan dan mematuhi peraturan dari pihak Masjid BRP sepanjang masa
7. Peniaga yang menjual makanan dan/atau minuman wajib membuat suntikan thyphoid dan sertakan sijil. Mengambil suntikan tyhphoid dan menyediakan sijil adalah tanggungjawab peniaga.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Joe : 011-1152 4467
Murni : 019-333 2809
Zaida : 017-257 6969
Joe : 011-1152 4467
Murni : 019-333 2809
Zaida : 017-257 6969
