SYARAT TEMPAHAN/SEWAAN
- Permohonan adalah tertakluk kepada kelulusan AJK Masjid Bukit Rahman Putra.
- Bayaran untuk acara adalah RM350 berserta deposit RM500 setelah mendapat kelulusan.
- Deposit akan dipulangkan selepas tamat acara bergantung kepada keadaan ruang yang disewa.
- Penyewa hendaklah memastikan ruang yang disewa dibersihkan dan tiada sebarang kerosakan sebelum deposit dipulangkan.
- Pemilihan katerer untuk kenduri dan sewaan meja kerusi, diuruskan sendiri oleh penyewa.
- Sebarang peralatan sendiri atau yang disewa hendaklah dikeluarkan dari masjid pada hari yang sama.
- Pembatalan tempahan mesti dibuat sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum tarikh majlis untuk melayakkan pemulangan wang tempahan.
SYARAT-SYARAT RUANG SEWAAN
- Kawasan yang boleh digunakan ialah Dewan Solat (untuk akad nikah) dan Ruang Serbaguna (untuk kenduri)
- Ruang Serbaguna boleh memuatkan 120 orang (maksima) untuk majlis kenduri.
- Sesiapa yang berhadas besar hendaklah tidak memasuki dewan solat atau berada di serambi masjid.
PERATURAN BERPAKAIAN DAN ADAB-ADAB MASJID
- Semua yang terlibat dengan majlis ini hendaklah memakai pakaian yang mematuhi syariah, menutup aurat dan sopan
- Solekan dan berhias dibenarkan tetapi tidak berlebih-lebihan/keterlaluan sesuai dengan adab masjid.
- Fotografi dan videografi dibenarkan tetapi dalam kadar sederhana
- Batas pergaulan terutamanya yang bukan mahram dan tingkahlaku dalam berinteraksi sesama hadirin hendaklah dijaga sesuai dengan adab masjid.
- Memasang musik atau mengadakan acara nyanyian/karaoke tidak dibenarkan.
- Tetamu bukan Islam dibenarkan menghadiri majlis hanya di ruang serbaguna sahaja dan mesti memakai pakaian yang sopan, sesuai dengan adab masjid.
LAIN-LAIN HAL
- Lantikan jurunikah dan saksi untuk akad nikah diurus sendiri oleh pihak pengantin.
- Sekiranya waktu yang ditempah bertembung dengan urusan jenazah, Masjid BRP berhak untuk meminta penyewa untuk memberi laluan untuk pengurusan jenazah sehingga selesai.
- Sila rujuk GARISPANDUAN UPACARA AKAD NIKAH DI MASJID DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA terbitan JAKIM yang disertakan.
- Pihak MBRP dibenarkan mengambil/menggunakan gambar acara untuk tujuan promosi.
