Calendar

  • Available
  • Unavailable
  • Booked

DEWAN SOLAT

*WAJIB.. Sila baca terma dan syarat dibawah sebelum membuat tempahan.


RM100.00 : 1 Jam
RM200.00 : Deposit
Max : 120 org

Booking Form
Items available:
SYARAT TEMPAHAN/SEWAAN
  1. Permohonan adalah tertakluk kepada kelulusan AJK Masjid Bukit Rahman Putra.
  2. Bayaran untuk acara adalah RM350 berserta deposit RM500 setelah mendapat kelulusan.
  3. Deposit akan dipulangkan selepas tamat acara bergantung kepada keadaan ruang yang disewa.
  4. Penyewa hendaklah memastikan ruang yang disewa dibersihkan dan tiada sebarang kerosakan sebelum deposit dipulangkan.
  5. Pemilihan katerer untuk kenduri dan sewaan meja kerusi, diuruskan sendiri oleh penyewa.
  6. Sebarang peralatan sendiri atau yang disewa hendaklah dikeluarkan dari masjid pada hari yang sama.
  7. Pembatalan tempahan mesti dibuat sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum tarikh majlis untuk melayakkan pemulangan wang tempahan.

SYARAT-SYARAT RUANG SEWAAN

  1. Kawasan yang boleh digunakan ialah Dewan Solat  (untuk akad nikah) dan Ruang Serbaguna (untuk kenduri)
  2. Ruang Serbaguna boleh memuatkan 120 orang (maksima) untuk majlis kenduri.
  3. Sesiapa yang berhadas besar hendaklah tidak memasuki dewan solat atau berada di serambi masjid.

PERATURAN BERPAKAIAN DAN ADAB-ADAB MASJID

  1. Semua yang terlibat dengan majlis ini hendaklah memakai pakaian yang mematuhi syariah, menutup aurat dan sopan
  2. Solekan dan berhias dibenarkan tetapi tidak berlebih-lebihan/keterlaluan sesuai dengan adab masjid.
  3. Fotografi dan videografi dibenarkan tetapi dalam kadar sederhana
  4. Batas pergaulan terutamanya yang bukan mahram dan tingkahlaku dalam berinteraksi sesama hadirin hendaklah dijaga sesuai dengan adab masjid.
  5. Memasang musik atau mengadakan acara nyanyian/karaoke tidak dibenarkan.
  6. Tetamu bukan Islam dibenarkan menghadiri majlis hanya di ruang serbaguna sahaja dan mesti memakai pakaian yang sopan, sesuai dengan adab masjid.

LAIN-LAIN HAL

  1. Lantikan jurunikah dan saksi untuk akad nikah diurus sendiri oleh pihak pengantin.
  2. Sekiranya waktu yang ditempah bertembung dengan urusan jenazah, Masjid BRP berhak untuk meminta penyewa untuk memberi laluan untuk pengurusan jenazah sehingga selesai.
  3. Sila rujuk GARISPANDUAN UPACARA AKAD NIKAH DI MASJID DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA terbitan JAKIM yang disertakan.
  4. Pihak MBRP dibenarkan mengambil/menggunakan gambar acara untuk tujuan promosi.

 

From From RM200.00
Shopping Cart
Scroll to Top